Volume 00 April 2006
Karya Campur Tanpa Limit!
Volume pertama ini mengetengahkan karya-karya yang terdapat dalam forum Karya Digital dan Tradisional
sepanjang 2004 - 2006. Juga terdapat karya-karya terbaru yang belum pernah dipaparkan di dalam forum berkenaan.
Terimakasih pada para penyumbang atas sokongan terhadap majalah pertama ini.
Untuk terbitan seterusnya sifoo.com akan bergabung tenaga dengan Komuniti R.O.S.A - http://rosa.3oh7.com(yg menerbitkan
majalah pdf 30h7) dalam penerbitan majalah Xlimit sifoo.com.
Tajuk yang seterusnya adalah bertemakan "Saat di dalam kehidupan"(Moment in life).
Serlahkan saat gembira, sedih atau apa sahaja yang anda lalui selama ini. Hantar karya kreativiti anda
dalam bentuk Visual Imej (Digital, tradisional) atau penulisan (sajak, puisi, artikel) atau dalam
bentuk fotografi (snap! snap!) kepada kami untuk terbitan volume seterusnya.
Tarikh tutup penyumbangan hasil kerja ialah pada 30 April 2006.
Berikut adalah saiz ukuran helaian majalah:-
Satu muka - 567 x 567 pixels
Dua muka - 1134 pixel X 567 pixel
Semua imej mestilah menggunakan resolusi 72 dpi, RGB atau Grayscale.
Format file yang boleh diterima adalah seperti
berikut:
Imej: .jpg, .tif, .png, .gif, .pdf, .eps
Teks: .doc, .txt, .rtf
Semua hasil kerja mestilah dihantar ke alamat seperti di bawah:
visual imej hasil kerja dan fotografi: xlimit@sifoo.com
Penulisan dan Artikel: 307mags@gmail.com
Sila sertakan nama, laman web dan alamat email.
Monday, April 03, 2006
X Limit open for contribution
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment