Wednesday, April 12, 2006

Hikayat Urban sari : Mata hati suram...

Aku berjalan pada sebatang jalan menjelajahi masa dan pengalaman manusia. Akhirnya tiba di satu hutan yang indah. Begitu banyak flora yang sungguh eksotik dan fauna yang pelbagai. Di dalam keindahan yang terpamer ada satu kelainan. Beza apa? Pelik aku rasa. Tiada bunyi unggas dan melodi cengkerik yang menghiasi panorama ini. Aku melihat semua mata tertumpu pada satu cahaya nun di hujung sana.

Aku beranikan diri pergi ke sana. Iyelah dalam daerah yang aku tidak pernah kenal tetapi kerana ingin tahu aku beranikan diri. Dan di situ aku lihat satu keindahan yang tidak wujud dalam dunia nyata. Sekuntum bunga ros berwarna emas kehijauan seperti layu ingin menyembah bumi. Ingin ku berbicara padanya tetapi mana mungkin bisa ia meluahkan kata-kata.

Aku menoleh ke kiri lalu bertanyakan kepada si kumbang pendita yang kelihatan begitu sedih. "Wahai tuan kumbang pendita, mengapakh kelihata sayu diri tuan hamba? Sedangkan cuaca indah ?" Tanya aku. Kumbang pendita pun dengan suaranya yang tersekat-sekat " mana mungkin kami mampu bergembira bila ia sedih...bila bunga itu sedih". Fikiran aku agak terusik. Apa kelebihan bunga ros ini?. Perasaan ingin tahu semakin menular dalam diri ku dan aku terlihat sepasang burung tiung perak juga kelihatan sedih.

Aku bertnya soalan yang sama dan jawapannya begini " Indah suasana tidak bererti bila kasih hati kami bersedih" . Dan begitu juga jawapan yang di berikan oleh sekelian makhluk yang ku tanya. Begitu kuatnya kasih mereka pada bunga ros yang satu itu. begitu dalamnya tarikan yang ada padanya.

Lalu aku menuju rapat kembali kepada bunga ros hijau itu.

" Wahai ros hijau, ciptaan Illahi yang Maha Esa, engkau mungkin tidak mampu meluahkan kata-kata tetapi aku fikir ko mampu merasakan perasaan sekelian di sekelilingmu. Aku tidak tahu betapa kuatnya tarikanmu, betapa istimewanya diri engkau sehingga mungkin engkau tidak perasan setiap ekelian yang ada begitu menyayangi malah mengasihai engkau. Aku ini tiada apa-apa melainkan kata-kata boleh ku sampaikan, aku hanya kelana singgah ..berbakti pada yang perlu.. kerana Yang Maha Esa Telah banyak Berbakti kepada kita.

Aku tidak tahu diri engkau tetapi aku dapat rasai keistimewaan pada dirimu nescaya tiada sekelian di sini buta akan itu melainkan mereka yang sesat termakan hasutan Azrael'

" Dengarlah kataku ini, janganlah ko sedih jika ada sesuatu perkara yang merunsingkan dirimu kerana sekelian yang ada ternyata sangat menyayangi dirimu. Nescaya fikiran serabut itu akan hilang sedikit demi sedikit. Dan Aku tidak boleh lama di sini ..hanya itu yang dapat ku pesankan.'

Selepas itu aku pun meneruskan perjalanan aku menuju ke daerah yang di cari. 100 langkah berlalu aku terdengar kicauan unggas dan suasana gembira terpancar di hutan yang penuh dengan keindahan itu.

" semoga keindahan ini kekal dengan penuh kegembiraan' Bisik hati kecilku sambil memulakan perjalan ke daerah yang tak kunjung tiba.


No comments: