Takkan Hilang melayu di dunia...kata-kata laksamana legenda melaka yang pernah menggegarkan dunia melayu. Setelah 400 tahun masa itu, kini muncul kembali keturunannya. Dan Bukan hanya keturunan pendekar melaka itu sahaja yang muncul tetapi sebenarnyanya semua nama yang pernah agung di suatu masa dulu telah kembali keturunannya cuma tidak diperbesar-besarkan. Memang jika kebenaran itu nyata pas ti akan ada kaum-kaum keturunan yang akan terduduk, terpaku dan menginsafi atas kekejaman dan kesalahan lampau.
Biar masih suam-suam kelihatan kebenarannya, ditertawakan dan dinafikan, telah ada balasan kepada kaum-kaum keturunan yang telah menganiayai kebenaran yang sepatutnya. Porak-peranda dan kepanasan jasad mereka. Biarkan kekayaan mungkin bukan tujuan utama tetapai mengangkat maruah keturunan yang dipijak-pijak oleh mereka dalam hari yang sungguh terang.
Bila yang lampau telah berkumpul memberikan semangat menghalaukan segala saka jin yang memagari cuba mencabuli kebenaran telah lari meninggalkan tuannya yang begitu akrab.
Tumbuh semula flora yang dikatakan pupus dari tanah air ini di tapak yang sepatutnya menyerikan sekitar dan menembusi pandagan mata kasar yang sebelum ini tidak pernah dapat di rasai oleh sentuhan jari jemari . Bertaburan benih tanpa ujung pangkal asalnya.
Ada yang boleh kita elakkan dan ada yang terpaksa kita terima walaupun berat tanggungjawabnya kerana ia telah di catatkan dalam kehidupan yang lepas. Biar begitu pelik pada mata yang memandang kerana yang menanggungnya lebih perit memikul. Bagai hendak ditinggalkan tidak berdaya dan dilupakan tidak mampu.
Kewujudan yang bisa mengubahkan segalanya katanya semakin hari semakin bertambah dan semakin sulit untuk difahami. Bila terbentang kebenaran itu,tiada yang mampu menafikannya...
Kerana perjuangan itu bakal bermula pada saat ketibaannya nanti..Dan demi darah yang mengalir...
Thursday, April 27, 2006
Hikayat Urban Sari : Demi Darah Yang Mengalir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment