Friday, April 28, 2006

Iklan Layanan Masyarakat::Submisi XLimit : 2 Hari lagi !!

Tinggal lagi dua hari untuk anda menghantarkan sumbangan anda ke majalah XLimit..
CEPAT! CEPAT!!

Untuk terbitan seterusnya sifoo.com akan bergabung tenaga dengan Komuniti R.O.S.A (yg menerbitkan majalah pdf 30h7) dalam penerbitan majalah Xlimit sifoo.com.

Tajuk yang seterusnya adalah bertemakan "Saat di dalam kehidupan"(Moment in life). Serlahkan saat gembira, sedih atau apa sahaja yang anda lalui selama ini.

Hantar karya kreativiti anda dalam bentuk VISUAL IMEJ (Digital, tradisional) atau PENULISAN (sajak, puisi, artikel) atau dalam bentuk FOTOGRAFI (snap! snap!) kepada kami untuk terbitan volume seterusnya.

Apa-apa pun karya anda TIDAK PERLU TERIKAT sangat DENGAN TAJUK (tajuk syarat jer hehhe)... Bebaskan minda anda untuk berXperimentasi, Xtreme kreativiti dan pastikan ianya Xlimit!

Tarikh tutup penyumbangan hasil kerja ialah pada 30 April 2006.

Berikut adalah saiz ukuran helaian majalah:-
Satu muka - 567 x 567 pixels Dua muka - 1134 pixel X 567 pixel

Semua imej mestilah menggunakan resolusi 72 dpi, RGB atau Grayscale.
Format file yang boleh diterima adalah seperti berikut:

Imej: .jpg, .tif, .png, .gif, .pdf, .eps
Teks: .doc, .txt, .rtf

Semua hasil kerja mestilah dihantar ke alamat seperti di bawah:
visual imej hasil kerja dan fotografi: xlimit@sifoo.com
Penulisan dan Artikel: 307mags@gmail.com

Sila sertakan nama, laman web dan alamat email.

http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?t=14262

No comments: