"AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA:
MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
TIDAK MELEBIHI 20mg Tar 1.5mg NIKOTINA"
Mula-mula aku akan mengeluarkan wang sebanyak RM 6.10 untuk membeli sekotak rokok sampoerna hijau 20's. Sekarang jika kita membeli 14 batang atau 7 batang ia amat merugikan kerana harganya lebih kurang sahaja. Tetapi walau bagaimanapun membeli rokok tetap merugikan.
Kawan aku tanya tak nak berhenti ker? Jawapan aku "I'm trying to stop..." dan mungkin bukan saya seorang sahaja yang berkata demikian malah ramai lagi perokok-perokok di Malaysia ini malah di seluruh dunia. Yang penting sebenarnya diri sendiri sama ada mau berhenti atau tidak.
Di kedai, " Mamak kasi sampoerna hijau 20"..Mamak pun berkata " HIjau ke merah?" Dalam hati aku, " Ada kena pelangkung gak mamak ni kang!". " Hijau macam biasa." Sambil ambil duit mamak tu seraya berkata," Abang kasi berentilah ...hari-hari saya sudah tengok abang mesti mau amik satu kotak.." Aku senyum sinis, " Sedang usahalah mamak, ini mau berenti kena banyak tahan ooh" sambil berlalu dari kedai dan membuka kotak rokok.
Di luar kedai, sambil mengambil sebatang rokok dan menyalakan api pada hujung rokok dan di sedut sambil nikmat..perghhhh...masuk ke dalam trakea aku dan terus ke paru-paru yang dah semakin tercemar...kemudian hembus keluar..dan saat asap itu keluar memang terasa kepuasan yang aku sendiri tak tahu apa kepuasan itu..
Mula terfikir rokok mampu menyebabkan lebih 90% kes kanser pada homo sapien dan terasa diri aku telah menempah satu katil di hospital di masa akan datang.
Aku berlaku ke kedai makan mamak yang kami panggil Starbukdina di Seksyen 9. Di situ kawan aku dan aweknya telah duduk menanti. Memang seronok bila dapat bersama kawan-kawan melepak dan bercerita setelah penat bekerja di ofis yang memerah segala tenaga dan pemikiran kita semua.
Di ketika itu aku menyalakan sebatang lagi rokok sampoerna hijau dan rakan aku menyalakan rokok marlboro merah. Dan kemudia kami hembuskan keluar. Percampuran dua asap dari dua jenama rokok yang berbeza bercampur dengan udara yang belum tentunya bersih kemudian di sedut oleh kami semula...tapi kali ini turut disedut oleh perokok sekunder iaitu yang tidak menghisap rokok iaitu awek member aku.
Dan saat itu aku terfikir berkemungkinan bilik di hospital dimana katil yang aku tempah di hospital pada masa depan akan turut di temani oleh member aku dan aweknya....
Monday, March 06, 2006
Hikayat Urban Sari: Smoking Kills- it'll kill u alone or your friends too?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hahahhaaa..reading this blog really make my day.
Post a Comment