Tuesday, March 14, 2006

Hikayat Urban Sari: Mambang Puteri Merayu..

Gwe jalan dan gwe fikir. Kadang tidak terlalu boleh lembut. Kerana org bisa memijak kepala dan perasaan. Tetapi tidak juga boleh terlalu keras kerana akan timbul rasa takut kalangan mereka. Ada berita yang perlu kita sebarkan ada yang tidak perlu. Namun tidak siap sangka sebenarnya yang memerintah di tanah ini sebenarnya lebih bagus lakonannya dari seberang laut sana.

Namun tidak juga kurang hebatnya si Mambang Puteri Merayu. lakonan cukup hebat. Tangisan palsunya bisa menyentapkan hati yang mendengar. Kadang terpikir jua aku mengapa aku terbiar melayan rayuan itu? Harus hilangkan rasa kasihan kerana perasaan itu hanya untuk yang benar-benar perlu. Mambang Puteri Merayu ini ada jelmaannya pelbagai. Kalau tidak diperhatikan sebenar-benar lihat akan tertipu minda kita.

Walau kuat mana pun kita cuba untuk menjauhkan diri , Si Mambang Puteri Merayu ini bisa mengawal setiap emosi. Namun cara yang terbaik adalah tidak memberikan sedikit ruang walau sedetik pun terfikir tentangnya.

Jangan diimpikan perubahan pada makhluk ini kerana perasaan dan kata-kata mereka sebenarnya tidak bersama. Segalanya bertindak tidak bersatu hati. Mampu memporak-perandakan hati-hati yang sedang gembira walaupun berada jauh di luar jangkauan manusia. Bisikan Mambang Puteri Merayu melalui angin mampu melumpuhkan sistem imunisasi pada emosi manusia. Jangan sekali-kali terpedaya dekat tangisan itu. Kerana tangisan itu hanya kerana tertekan bukan datang dari hati sebenarnya.

Bila sudah hampir dengan Raja mambang , rindu sudah tiada jauh.Kala itu segala kata-kata yang dibisikkan itu terlerai bagai kaca menghempas bumi. Dari setiap detik harus kita berjaga-jaga kerana Mambang Puteri Merayu ini akan cuba menghantui jiwa dan perasaan . Kerana ia tidak berperasaan sesungguhnya.

Gwe bernasib baik kerana gwe tersedar akibat hempasan titis air mata dari sang duyung yang jujur.

2 comments:

Anonymous said...

Wooo aku penah tgk duyung.. dlm tibi la.. kekekke

Anonymous said...

namanya pun hikayat....