Tup..tup sudah hari khamis lorh. Minggu ni agak tensi sebab komunikasi dengan pelukis-pelukis komik yang hadir dengan pelbagai permasalahan. Sadisnya yang terpaksa menanggung itu aku. Duit rakyat yang buat aku terpaksa bertanggungjawab dan keaadan ini mungkin menjadikan aku seorang yang kejam dimana selama ini telah aku bataskan perasaan itu atas niat untuk membantu sesama umat.
Tapi kalau baling batu selepas itu simpan tangan dalam poket memang tidak patut. Tapi sekejam mana aku terfikir untuk melakukannya masih tetap ada golongan yang mungkin tidak faham bahasa yang aku bicarakan. Barangkali mereka mudah faham jikalau aku berbicara dalam bahasa serbia atau jerman. Namun ada juga yang masih faham dan kerana itu aku yakin bahasa yang aku bicarakan adalah bahasa melayu tidak bahasa jerman dan jauh sekali bahasa serbia.
Tensi aku ..bila mana mau menjaga apa yang dinamakan kawan..tensi aku jika kredibiliti aku telah dimusnahkan bukan kerana aku sendiri tetapi orang lain yang berkemungkinan lebih mementingkan diri sendiri daripada air mata rakyat. Janji tidak dikotakan tetapi masih punya masa lapang menghiburkan diri sambil mengaut keuntungan yang menongkah langit dan diri sehingga untuk memberikan satu informasi adalah amat payah begitu sulit hingga aku yang terpaksa mengalah?
Sendiri perlu fikir ..wang rakyat telah digunakan ..apa diri sudah lupa pada kesengsaraan mereka dikala sudah senang?
Pasti kalau terus berlaku aku pasti akan kejam dan ganas...
Thursday, March 09, 2006
Hikayat Urban Sari: Malam Jumaat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wahahaha..kena marahlah pulak ngan guru besau...egegege
Post a Comment