// Panas sungguh hari ini...rasa macam mendidih otak aku. Lepas solat aku pergi jumpat Uncle low yat. Dah lama juga aku tak pergi sana sebab sibuk yang amat sangat. Sibuk? maybe campur malas aku agaknya. Pergi sana sebab aku macam terpanggil untuk mencari sesuatu sebab sekarang aku sudah tidak tahu nak beli apa lagi kat low yat tu. Last-last mesti DVD atau PS 2 game sajalah. Tapikan.. hari ini sungguh panas ... nak kata hati panas tak jugak...matahari tu aja yang panas. Sekarang ni pun hobi aku rasanya da bertukar gamaknya lagi...hobi aku sekarang ialah MAKAN! Tiap hari aku
-Breakfast
-pukul 10 pagi
-Lunch
-pukul 3 ptg
-pukul 6 ptg
- pukul 9 mlm
-pukul 12 mlm
So kira semua sekali dalam 7 kali makan, cuma 2 saja daripadanya makan ringan iaitu breakfast dan pukul 3 ptg. Entahlah tiba-tiba saja akunya nafsu makan jadi bertambah-tambah ..maybe sebab aku asyik dok layan citer oliver twist tu kot...atau rancangan masakan cina kat 8tv tu. tapi macam biasalah hobi aku ni akan bertukar-tukar ikut musim. "Gemuk takpe boleh exercise" statement kesukaan aku pada Elita dan Chin. Betullah nak kurus boleh exercise tak le berat sangat kalau tetiba ko kena jadi gemuk ...kena makan bebanyak lagi seksakan? Mahulah panas perut tu nanti.
Sebab kepanasan juga aku rasa sakit kepala tiba-tiba. Eh Mana lighter aku? Nak kasi bakar sikit biar jadi lagi panas. Kalau minum dengan kawan-kawan aku, lighter kalau boleh mahu saja sorok pasal ada sorang budak tu dia suka main api. Identiti dia terpaksa aku rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan negara.
Panas hari ini, kenapa tak mau panas masa ahad lepas? Kesian pada semua yang kat TTDI jaya terutama sekali adik aku si Nelli dan umah kakak si tambin. Habis rumah depa tenggelam sebab banjir. Kereta Nelli yang comel tu pun tak dapat diselamatkan. Apa-apa pun harap mereka semua tu tabah menghadapi dugaan. Aku rasa bila dapat berita dari Elita pasal banjir tu cam rasa duduk kat tempat lain jer aku ni. Memang tak sedar apa hari tu. Nasiblah Bukan Perang dunia ke apa ke.
Kalau tak nahas je.
Sebab Panas hari ini aku terasa nak makan aiskrim, biar sejuk sikit. Kalau boleh duduk kat kutub Utara pun bagus gak ni. Layan pancing ikan paus ungu ke apa ke. Rasa jari aku pun dah rasa panas la pulak ni asyik dok tekan keyboard ni.
Esok aku nak start projek fotoshoot " Jail of Thumb". Sapa le nak jadi mangsa pertama ni. Sarip ke Elita?
Friday, March 03, 2006
Hikayat Urban Sari : Mentari Panas Di Tengah Kepala
//
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau cacing dia buncit laa..ni maintain je..
Post a Comment