Kerajaan ambil tindakan laman web ancam perpaduan
KUALA LUMPUR 31 Julai - Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, tindakan akan diambil menerusi agensi dan peraturan yang sedia ada.
"Kerajaan perlu mengawasi dan menjaga ruang lingkup siber kita daripada diceroboh dan dirosakkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kerajaan sentiasa memantau dan mengawal perkembangan laman-laman web dan blog menerusi Pusat Keselamatan Siber Nasional.
"Buat masa ini, perkhidmatan bank, air dan keselamatan umpamanya terikat dengan teknologi maklumat (IT) global," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bernilai RM400,000 oleh 15 penaja Anugerah ICT Koridor Raya Multimedia - Asia Pasifik 2006 (MSC-APICTA) di sini hari ini.
Jamaluddin menarik perhatian bahawa tindakan serupa pernah dilakukan di India apabila beberapa laman web dan blog yang didapati mengancam keselamatan ditutup oleh kerajaan negara itu.
sumber : Utusan Malaysia
Wednesday, August 09, 2006
R.o.S.A : Warning from the Government.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment