Wednesday, August 16, 2006

R.o.S.A : Ish Bahaya kalau macam ni...

"39 anggota tentera tidak tahan lari dari latihan

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 15 Ogos – Seramai 39 anggota tentera yang sedang berkursus di Kem 3 Armor di sini melarikan diri daripada latihan dengan bersembunyi di sebuah masjid di Kampung Masjid, Tikam Batu dekat sini hari ini.

Kumpulan anggota berkenaan meninggalkan kem selama beberapa jam latihan bermula pada pukul 6 pagi kerana dipercayai tidak tahan dengan bentuk latihan yang agak keras.

Panglima Briged Keenam Infantri, Brigidier Jeneral Mohd. Noor Daud berkata, anggota tersebut merupakan antara mereka yang sedang menjalani latihan asas ketenteraan untuk kenaikan pangkat daripada prebet.

“Mereka dikesan memilih masjid terbabit kerana salah seorang daripada 39 anggota itu berasal dari Kampung Masjid,’’ katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurut Mohd. Noor, pada waktu tengah hari, salah seorang daripada kumpulan anggota itu menghubungi kem tempat latihan mereka memaklumkan perkara terbabit.

“Mereka mengakui kesilapan meninggalkan latihan dan meminta pihak kem datang mengambil mereka menjalani latihan semula,’’ katanya.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat oleh Bahagian Keselamatan Medan, Briged Keenam Infantri.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian sebelum sebarang tindakan diambil ke atas anggota berkenaan,’’ katanya."

- dipetik dari Utusan Online

//Bayangkan ini baru 39 orang. Buatnya nanti satu atau dua batalion...Tak nahas ke? Adakah askar kita dah terlalu lemah sampai kena buat latihan keras dah tak larat? Nama pun askar. ..Kalau tak jangan apply jadi askar..//

2) "Antara isi ucapan Sharifah Amani: ‘‘I sound like stupid if I speak in Malay’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu).

Ucapannya itu menimbulkan rasa kurang senang sebilangan besar khusus orang Melayu termasuk tetamu kehormat majlis itu Rais Yatim.

Lebih memeranjatkan khalayak pada malam itu ialah apabila Sharifah Amani mengakhiri ucapannya dengan berkata:

‘‘If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often (Jika filem ini (Gubra) mencemar budaya, mari kita hasilkan lebih banyak lagi).’’

// Ini satu lagi kalau ye pun terasa bodoh jangan le cakap terang-terangan..Tu depan Menteri KekkWa tu. Dia boleh rasa bodoh pula nak cakap bahasa melayu..bila berlakon filem melayu tak terasa cam tu pula. Mungkin penggunaan ayat tu salah kot. Itulah pepenat orang bikin kamus dewan..baca dan pilih perkataan yang sesuai dulu.

Tapi tang yang second pun aku rasa dia ni cetek pasal perkataan-perkataan yang sesuai untuk digunakan kot. Ye lah bila da tersilap guna perkataan atau ayat..inilah padahnya. Tapi apa pun Aku salute Datuk Rais Yatim boleh cool dan apa komen dia memang dia terasa kurang senang but dia pesan jangan buat lagi camtu. //



No comments: