Friday, August 18, 2006

R.o.S.A : Bahagian Multimedia,DBP Mencari Pelukis/Penulis Skrip untuk Komik




Anda ingin mencuba peluang sebagai pelukis atau penulis skrip komik? Hantarkan sampel ilustrasi hitam putih / berwarna atau sampel skrip anda kepada kami. Masukkan sampel anda di dalam sampul surat dan tuliskan sama ada sampel ilustrasi atau skrip pada bahagian atas kiri sampul surat.

Lampirkan keteranagan diri anda seperti :

- Nama Penuh

- No Kad pengenalan

- Alamat dan Nombor telefon.


Hantarkan di gerai Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka di Pameran Bulan Bahasa dan Sastera Negara bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28-30 Ogos 2006.

Berikut adalah kriteria ilustrasi:-
Ilustrasi mengandungi tidak lebih dari 6 panelA4

Berikut adalah kriteria skrip:-

Skrip untuk 2 mukasurat ilustrasi komik.

Semua imej mestilah menggunakan resolusi 100 dpi, RGB atau Grayscale.

Format fail yang boleh diterima adalah seperti berikut:
Imej: .jpg, .tif, .png, .gif, .pdf, .eps
Teks: .doc.


Semua sampel boleh terus dihantarkan ke gerai Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka di Pameran Bulan Bahasa dan Sastera Negara bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28-30 Ogos 2006.



No comments: