Shah Alam mempunyai nama jalan dan tema yang terdapat di seksyen-seksyen tertentu antaranya:
- Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) bertemakan pendidikan
- Seksyen 2 bertemakan jenis bunga
- Seksyen 3 bertemakan jenis pokok
- Seksyen 4 bertemakan jenis buah-buahan
- Seksyen 5 (Pusat pentadbiran) bertemakan pentadbiran
- Seksyen 6 bertemakan jenis burung
- Seksyen 7 bertemakan jenis permata dan galian
- Seksyen 8 bertemakan bentuk muka bumi
- Seksyen 9 bertemakan Kesultanan Melayu Selangor
- Seksyen 10 bertemakan jenis pakaian
- Seksyen 11 bertemakan kebudayaan dan kesenian
- Seksyen 12 bertemakan salasiah pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
- Seksyen 13 bertemakan sukan
- Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) bertemakan bidang-bidang korporat
- Seksyen 15 bertemakan alatan tangan
- Seksyen 16 bertemakan perlombongan bijih timah
- Seksyen 17 bertemakan jenis ikan
- Seksyen 18 bertemakan tumbuhan di kawasan pantai
- Seksyen 19 bertemakan jenis pekerjaan di kawasan pantai
- Seksyen 20 bertemakan jenis haiwan
- Seksyen 21 (Tanah Perkuburan) bertemakan perkuburan
- Seksyen 23 bertemakan perusahaan
- Seksyen 24 bertemakan jenis sayur-sayuran
- Seksyen 25 (Taman Sri Muda) bertemakan nilai-nilai murni
- Seksyen 26,27 dan 28 bertemakan daerah dan nama tempat di Selangor
- Seksyen 31 (Kota Kemuning) bertemakan bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
- Seksyen 32 (Bukit Rimau) bertemakan sungai-sungai yang terdapat di Selangor
- Seksyen 33 bertemakan jenis alatan muzik
- Seksyen 34 bertemakan jenis bahagian dalam kereta
- Seksyen U1 (Glenmarie) bertemakan kerjaya
- Seksyen U2 bertemakan kesussasteraan
- Seksyen U5 bertemakan bumi dan alam semesta
- Seksyen U8 (Bukit Jelutong) bertemakan bahagian-bahagian dalam rumah
- Seksyen U10 bertemakan pulau-pulau yang terdapat di negeri Selangor
- Seksyen U11 (Bukit Bandaraya) bertemakan gunung-gunung yang terdapat di Selangor
Semua jalan di bandaraya ini mempunyai papan tanda dengan nama jalan terpapar dalam Bahasa Melayu dan juga Jawi.
-- article from wikipedia
Peta-peta mengenai Shah Alam. Klik di sini
Saturday, August 19, 2006
R.o.S.A : Rahsia Seksyen-Seksyen Di Shah Alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment