Monday, October 10, 2005

nafas terakhir?

Sayup-sayup kedengaran suara bayi menangis.Tapi nak buat macam mana? Aku kena jaga diri aku sendiri. Bukan senang aku membina taman hijau ini. Bayangkanlah dalam ruang yang sempit dalam flat yang hanya ada dua bilik sahaja, terpaksa kami korbankan sebahagian untuk meletakkan tumbuhan hijau agar udar segar dapat di bekalkan.

Ini semua mereka punya pasal! yang jadi mangsa berjuta-juta orang yang tidak bersalah.Aku lihat yus masih lagi meneliti saki baki tong gas oksigen.Rasanya cukup untuk seminggu dua sebelum bekalan sampai ke shah alam.Tapi cukupkah kalau untuk aku buat kerja luar malam ini bersama exike? Mungkin dalam satria merah dia tu ada lagi bekalan yang masih boleh di gunakan yang telah kami beli dari peraih gas oksigen di seksyen 26 tu.Kalu ikut keadaan sekaran memang aku tidak mahu keluar tetapi nafsu lumayan itu yang buatkan aku dan exike lemah untuk menolaknya.Sekali bekerja kami boleh dapat bayaran yang cukup untuk bekalan gas oksigen selama dua minggu. Seperti biasa aku akan bahagikan dua bersama exike.Meriah hidup sikit.

Pusss...tiba-tiba asap rokok dihembuskan pada aku.." Jauh mengelamun bai?" tegur exike.Macam mana aku boleh tak tersedar dia da tiba sini."Ah..Biasalah..Amcam sentul? Ada perubahan?" tanya aku. Exike menundukkan kepalanya. " Macam itu juga..dengar cerita mungkin dalam dua tahun baru o.k..". Aku terdiam dan merenung pada anet yang sudah dekat setahun lebih tidak dapat balik ke Kulai.

Nasib baik kampung aku dekat sahaja. Syukurlah dapat juga aku pulang seminggu sekali."Rilekslah Bai..Yus kau buatkan kopi satu teko, biar kita pekena sebelum keluar ni." sambil jeling pada yus dan menghulurkan sebatang rokok sampoerna pada exike.

Nikmat sungguh bila diteguk air kopi segar yang ditanam sendiri. Tiba-tiba fikiran aku melayang ke tahun-tahun sebelum ini ..sebelum kejadian ini berlaku.Walaupun dekat jarak antara aku dan elita serta saripol..namun sudah hampir setahun lebih aku tidak bertemu mereka. Paling akhir aku dengar elita telah pulang ke Slim River manakala saripol masih lagi terkandas di MIMOS.Halangan yang begitu toksid mengelilingi MIMOS membuatkan mereka yang berada di situ tidak dapat bergerak bebas. Banyak percubaan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dan individu untuk membantu mereka keluar dari situ namun semuanya tidak berjaya.

Khabar angin juga deras mengatakan bahawa awan toksid itu sedang bergerak ke arah sini.Mungkin tahun depanatau bulan depan ataupun minggu depan hubungan aku terputus dngan exike.Tetapi harapan aku biarlah kenderaan yang sedang di bina oleh reload tu siap secepat mungkin.Banyak nyawa yang bergantung pada kejayaan kenderaan yang telah kami reka bersama-sama.

bencana ini memang tidak di sangka.Kalau dahulu dengan riangnya kami semua melepak minum di starbuck dina..tetapi hari ini tempat tu sudah jadi seperti kawasan berhantu.

"Hei bai..jom gerak" sapaan exike menyedarkan aku dari lamunan memori." Jom..yus ..anet ko nak jon sekali ke korang nak cover tempat lain?"tanya aku. " Kita orang pergi area seksyen 17" kata yus. Seksyen 17?. "Ok tapi baik-baik..situ agak bahaya sedikit". Semua peralatan yang diperlukan telah kami bawa keluar dan menguncikan pintu rumah kami.Terpaksa dikuncikan kerana apa yang ada didalam sangat berharga pada waktu sekarang walaupun pada masa dahulu tidak di pentingkan langsung.

" O.k kumpul dekat banguna S.U.K lepas selesai,tapi kalau sesapa yang lewat dari jam 12.stay kat situ ngan aim.pagi besok baru kita orang datang kembali". kataku kepada mereka sebelum kami bergerak.

Langkah pun dimulakan dalam pencarian nyawa untuk bekalan gas oksigen.hilang semua kenikmatan bekerja di pejabat ...melepak di kedai mamak..dan sebagainya...sekarang inilah yang perlu dihadapi oleh kami semua...Dunia baru yang ditinggalkan oleh bencana pada awal 2006 yang lepas..." Ok go!".

1 comment:

amunx said...

// eh bai, gua tak paham la...