Bulan Puasa ini tak tahu kenapa aku jadi cam slow sangat.Masuk time jam 10 pagi sudah mengantuk teramat sangat kat opis. Pas banyak pula payment yang nak di setelkan. Takpe slow-slow janji semua setel. Kadang peliklah bila time kita minta depa hantar work, bukan main liat cam nak tercabut nyawa kejar sengsorang. Tapi bila time nakkan payment ya Allah cam pelesit je lajunya. Tapi tu la aku kena amanah dan korang semua kena paham, aku ini kerja atas amanah berjuta-juta duit dari hasil kutipan cukai rakyat Malaysia so kenalah faham. Walaupun cuma segelintir sahaja yang buat hal.
Hari ini kambeng nakal aku berjaya meng'YM'kan dirinya but dapatlah chat sebentar sebelum aku melayarkan bahtera aku untuk ke Alam mimpi. Mampus! Apa pasallah bebudak opis ni tak kejut aku? Dah le terlajak aku tido sampai pukul 3. Selalu macam tulah. Depa selalunya kesian nak kejut aku termasuklah senior officer aku sebab depa tau aku keje bukan setakat datang 7:30 pagi dan balik pukul 4:30 petang. Kadang rasa cam berharga lak.
Itulah walaubagaimanapun aku masih terasa cam bekerja dalam era tahun 60'an. Harapkan banguna opis bertingkat-tingkat tapi komputer aku komputer zaman jepun. Satu hari dekat 7-8 kali kena restart. Rasanya da 2 tahun kita orang buat permintaan supaya komputer di unit kami ni di'upgrade'kan. Maklumlah kerja kami semua ni memerlukan spesifikasi komputer yang agak laju. Bayangkanlah kalau wacom yang saiz a3 tu setakat buat alas mouse je.
Pukul 4:30 aku gerak.Nampaknya kat luar tu da reda da hujannya.Aku pun kemas untuk pulang ke rumah. Kali ni aku bersaing pulang ngan boss aku. Sambil menunggu lif, Boss aku beritahu esok dan lusa dia akan cuti pasal dia rasa letih sangat. Memang aku respek kat boss aku ni semua kerja kalau boleh dia nak setel but kadang kesian gak bila tengok dia sengsorang je yang semangat. Apa pun memang aku bertuahlah dapat boss cam ni sebab secara tak langsung dia banyak mengajar aku tentang management dan sebagainya.
sampai kat parking lot aku pun start la moskito aku tu. Dengan selamba aku terus meluncur keluar dari bangunan opis aku tu..tetiba rasa cam kuyup je aku..Alamak Limpahan air langit tetiba lak..Bukan main lebat. nasiblah da balik da ni. Aku pun teruskan perjalanan pulang aku. Lama da rasanya tak bermain air hujan ni dan plus moskito aku tu da lama sangat tak basuh.
Dalam perjalanan pulang tu, memang clear jalan motor kat federal highway tu. Hujankan..mesti ramai mat-mat motor tu tak jalan..kasi tunggu hujan reda. Ok laa tapi cam aku terfikir dan terasa air hujan sekarang tak sama macam air hujan 15 tahun dulu. Sekarang kalau korang kena air hujan kena make sure balik tu teruslah mandi dan jangan lupa sabun. Memang terasa cam bahang air tu campur dengan pelbagai chemical ciptaan manusia yang kononnya telah maju. Iye maju untuk menjahanamkan. kalau dulu air hujan yang turun tu memang segar.
Itulah teringat balik kata-kata exike tentang kawan dia kata " Ala kalau aku nak buka puasa aku buka helmet pas tu tadah je air hujan." Bila fikir-fikir kembali...bolehlah kot kalau nak rasa masuk sepital boleh teguk air hujan sekarang yang penunh ngan bahan-bahan kimia tu.
Hari ni aku berbuka dengan family aku sebabnya hari ni adik aku balik dari JB. Cuti sampai ahad. So saja meramaikan makmun berbuka puasa kat rumah 'kampung ' aku tu. So lepas satu hari lagi aku berpuasa dan dapat juga aku bermain air limpahan langit ari ni.
adios!
Wednesday, October 19, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment