Sunday, October 16, 2005

"Nafas Terakhir? II"

Sudah dua jam aku dan exike berkeliaran di Uitm. Nampaknya tiada lagi mangsa yang masih tinggal di situ. Dahulu gah sungguh Uitm, meriah sekarang sunyi sepi diselubungi jerebu beracun. " Bai, jomlah kita gerak ke S.U.K, da lewat ni.". Exike mengangguk sahaja. Satria merah kami bergerak meluncur keluar dari kawasan Uitm menuju ke bangunan S.U.K seperti yang telah dijanjikan.

Sejak bencana ini berlaku, bangunan S.U.K telah dijadikan oleh pihak kerajaan sebagai tempat operasi bantuan dan segalanya. Maklumlah di Shah Alam ni tak banyak bangunan yang tinggi. Kawasan pusat bandar di Kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral tidak selamat kerana kandungan awan beracunnya agak tinggi.Kami melewati pos pengawal dan terus ke pusat operasi untuk bertemu dengan aim. Tidak kelihatan si anet dan yus. " Aim, yus da sampaikah?" tanya aku. Biasanya mereka tidak lewat." Belum lagi,apsal?" Tanya aim. "Tak ada apa-apa, cuma risau sahaja".

Jam telah menunjukkan pukul 1:30 pagi dan batang hidung budak berdua tu masih tak kelihatan lagi. " Bai, ni da luar biasa da ni.tak sampai-sampai lagi?" bisik aku pada exike. Aku terus pergi ke meja aim dan memberitahu tentang perkara ini."KO jangan risau,pukul dua nanti pasukan peronda akan gerak ke sana.Apa-apa hal aku contact korang" kata aim. Harapa-harap tak ada masalah. " Bai, jom gerak!" Jerit aku pada exike.Kami pun beredar dari situ dengan harapan tiada apa-apa yang berlaku pada budak dua orang itu.

"Arghhh..penatnya.tapi habuk pun tak de."Exike membebel. " Lu nak balik sentul malam ni jugak ker?" tanya aku. " Rileks la dulu beb, pepagi esok geraklah.saing aku pergi ke Section 26 ambil bekalan gas ngan aku nak lepak jap kat bengkel reload.Mau join ka?" kata aku.

No comments: