Semasa kita kanak-kanak, pemikiran kita tidak pernah terhenti. Bila dilihat pada kanak-kanak, mereka ini tidak pernah duduk diam... ada sahaja yang ingin dilakukan. Mereka sedaya upaya mencuba perkara-perkara baru dengan apa cara sekalipun. Mereka ini begitu pantas memahami jika di ajar. begitulah juga kita dahulu. Bila ditegah pelbagai cara yang sebenarnya kreatif akan mereka lakukan samada menangis ..merajuk dan sebagainya untuk mendapatkan apa yang di ingini dan mereka juga mudah melupakan sesuatu jika ada benda baru yang muncul.
Jika difikirkan sememangnya teknik pemikiran kita secara kreatif telah kita asuh sejak sewaktu kita di zaman kanak-kanak lagi. Oleh itu sememangnya setiap kita mempunyai daya pemikiran kreatif sejak azali lagi cuma mungkin adakalanya bila mencapai umur dewasa kita tidak mahu menggunakannya. Apa yang paling penting ialah menggunakan ia bila kita memerlukan dan sentiasa mempunyai pelbagai jalan untuk mengatasi sebarang masalah.
Thursday, June 29, 2006
Semasa kecil dahulu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment