Sifoo.com telah menerima satu tawaran dari microsoft untuk menaja sifoorian bagi mengadakan talk/product demo mengenai Microsoft Windows Vista dan Microsoft expression.
Sifoo.com memang berminat untuk menganjurkan acara ini dan setelah perbincangan dengan Krew sifoo.com, kami telah bercadang untuk menganjurkanya seperti berikut :
Tajuk: “Produk Demo: Microsoft Windows Vista & Expression Bersama Sifoo.Com/Sifoorian”.
Tempat: KLCC, Kuala Lumpur (akan diumumkan kelak)
Tarikh: 16 ATAU 23 Julai 2006 (akan ditentukan kelak)
Masa: 2 ptg – 6 ptg
Pakaian : Kemas (selipar dan seluar pendek tidak dibenarkan naik oleh pengurusan KLCC)
Maklumat lanjut mengenai Microsoft Windows Vista : http://www.microsoft.com/windowsvista/default.aspx
Maklumat lanjut mengenai Microsft Expression : http://www.microsoft.com/products/expression/en/default.mspx
Acara ini adalah PERCUMA(ditaja oleh microsoft) dan juga merangkap sebagai gathering sifoo.com. Kami mengalu-alukan penyertaan dari anda semua. Untuk itu kami mahukan senarai nama yang berminat untuk menghadiri acara ini bagi menganggarkan kehadiran nanti.
Wednesday, June 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment