// Hari ni lambat gak gi keje tapi still tak merah punch card . Bekerja di institusi begini memang mencabar minda walau di pandang masa kasar macam banyak masa rehat. Bila senyap menumpukan perhatian pada kerja pun jadi umpatan. Kalau banyak bercakap keje tak jalan itu yang di pandang. Ada jugak yang mengambil kesempatan menggunakan harta pejabat untuk membuat kerja-kerja untuk kepentingan sendiri. Kalau di tegur mungkin akan di musuhi pula. Bukan apa cuma risau akan hasil yang digunakan itu untuk perbelanjaan menanggung keluarga. Tidakkah pada asasnya adalah haram? Benda yang agak mudah untuk difikirkan.
Bukan tidak elok mencari rezeki sampingan tetapi perlu tahu bila masa perlu dilakukan. Itu senario yang memang terjadi dalam institusi ini. Biar berkat hasil kerja itu bila menggunakan denga harta titik peluh kita sendiri.
end of penglihatan yang terpaksa gwe harungi setiap hari.
Hari ini tetiba gwe pening dan nak pitam..rasanya benda biasa ni nak kembali semula. Harrap-harap tak leh sampai flat gamaknya. Maybe sebab kehidupan gwe sudah kurang sihat berbanding masa-masa dulu.
Lepas ni kena amalkan kembalikan kehidupan sihat supaya boleh menikmati hidup yang mungkin masih panjang ni.
Nasib baik gwe tak beli skuter CPI GTR. dengar cerita tahun depan Naza mahu guna teknologi GTR tu untuk buat skuter Scoped. Harga pun kira half price dari harga GTR sekarang. Itu pun kalau betul.. Memang kalau Dlm RM 3000 lebey.. Memang gwe angkut laa..Sebab 150cc tu...mana bleh dapat dlm range RM3000. Apa pun Gwe tunggu tahun depan laa.
Hari ini buka puasa makan mee + kue teow goreng. Kenyang... Skang tgh mau kurangkan berat ..mau challenge ada sorang tu.. tapi tu le.. nafsu makan ni makin bertambah la pulak...
Apa pun gwe mesti cuba...
Yosh!
Thursday, October 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment