Tuesday, November 21, 2006

Poll Result : Baju raya saya tahun ini ialah ....

Answer Votes % Chart
Putih 0 0.0%
Hitam 3 8.3%
Biru 5 13.9%
Hijau 12 33.3%
Merah Jambu 5 13.9%
Coklat 3 8.3%
Merah 2 5.6%
Kuning 3 8.3%
Ungu 1 2.8%
Lain-lain 2 5.6%
Total 36

Artikel dari Meja Freak #4

8 Cara untuk menggalakan Pelayar Internet terus mengunjung Laman web anda

1. Undian/Bancian

Adakan bancian/undian interaktif di laman web anda. Berikan undian
berbentuk soalan dan peluang untuk mereka menhantar e-mel tentang pendapat
mereka. Kebanyakan pengunjung suka pada undian dan bancian . Mereka juga
sentiasa menanti untuk membaca keputusan bancian tersebut.

2. Hadiah Percuma

Hadiah percuma yang boleh di dapati dari web anda. Hadiah itu tidak perlu
terlalu mahal tetapi yang menarik perhatian para pelanggan anda.
Kebanyakannya akan terus melayari laman web anda untuk mengetahui sesuatu
yang baharu.

3. Kandungan Tulen

Berikan kandungan yang tulen di mana pengunjung laman web anda tidak
mungkin dapat di laman web lain. Bukannya perlu 100% original tetapi perlu
ada keunikan dalam kandungan anda. Pengunjung akan lebih tertarik pada
kandungan yang belum pernah mereka temui atau baca.

4. Kuiz

Adakan siri soalan atau kuiz kepada pengunjung laman web anda. Paparkan
jawapan kuiz setiap minggu. Mereka yang menjawab soalan kuiz ini akan
datang kembali untuk melihat sama ada jawapan mereka betul atau salah. Ini
dapat meningkatkan 'traffic hit" pada laman web anda.

5. Berita

Adakan berita yang berkaitan dengan topik di laman web anda. Para
pengunjung lebih suka pada berita semasa dan terkini. Jika anda dapat
menyediakan yang terkini, maka lebih ramai pengunjung akan melayari laman
web anda.

6. lawak Jenaka

Sentiasa menyelitkan unsur-unsur jenaka seperti satu ruangan 'Lawak Hari
Ini" dsb. Jika mereka gembira ketika melayari laman web anda , peratusan
untuk mereka sentiasa kembali adalah tinggi.


7. Kandungan/Barangan Percuma

Kandungan/Barangan Percuma adalah kesukaan ramai. Senaraikan barangan /
kandungan percuma di laman web anda. Ia mungkin perisian, perkhidmatan,
sampel produk, e-buku dsb. Kandungan /barangan percuma ini lebih baik jika
ia berkaitan tema laman web anda. Ia juga perlu dikemaskini supaya
pengunjung akan sentiasa datang ke laman web anda.


8. Direktori

Sebarkan juga tentang laman-laman web lain yang berkaitan dengan laman web
anda kepada pengunjung dan pelanggan anda. pastikan laman web yang menjadi
jaringan itu menarik dan berguna kepada mereka. Dengan menjadi direktori
kepada pengunjung atau pelanggan anda akan membuatkan mereka sentiasa
ingin kembali ke laman web anda.

Artikel Tulisan Michael Szawlosky
--------------------------------------------------------------------------

2: Windows Vista Transfomation Kit For Windows XP

Dengan Kemunculan Microsoft Windows Vista yang begitu menarik menyebabkan
beberapa pereka bentuk UI telah membangunkan satu kit transformasi untuk
menjadikan Windows XP anda kelihatan seperti Windows Vista tanpa menukar
sistem operasi anda. Ia hanya akan menukarkan Interface dan ikon Windows
Xp anda seperti Windows Vista.

Klik untuk mencuba

--------------------------------------------------------------------------

3: Laman Web Menarik : http://www.starfall.com
Laman web yang menarik untuk pra sekolah.

--------------------------------------------------------------------------
4: Perisian Freeware : DRAW
http://www.cumulatelabs.com/cumulatedraw/

Perisian dalam Talian yang di tambah pada pelayar internet anda.Untuk
Membuat carta alir dan juga untuk melukis. masih dalam versi alpha 0.3.

--------------------------------------------------------------------------

5: E-buku percuma
http://www.freetechbooks.com/